Sunday, 22 June 2014

senyum itu indah..

 
BACAlah…RENUNGilah…Kemudian terus berAMAL  ◕ ◡ ◕
1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2) Bacalah al-QURAN, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah dengan zikrullah, dan jangan sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dengan perkara yang tidak berfaedah.
3) Berusahalah seberapadaya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (adalah satu-satunya syiar islam).
My lover and my baby ♡♥
4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa2 perkara  sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.
6) Janganlah bergurau kerana umat islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7)  Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti hati orang.
8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2, dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang boleh memberikan kebajikan.
muslim_brother_animation_by_yana8nurel6bdkbaik-d5941n4
9) Berkenal-kenalah dengan tiap2 saudaranya ikhwan muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10) Kewajipan2 kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara2 bagaimana hendak menggunakan masa berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaanya.
   luvluvplz**Usrah dan Dakwah~ (Al imam Hassan al-Banna)**luvluvplz

Friday, 20 June 2014

Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Pahang 2014

                           Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Pahang 2014


   Suasana sesi pendaftaran                 




Dewan di penuhi Para pembantu Perubatan.. 

                                               
Ucapan aluan oleh Penolong Pengarah Penolong Pegawai Perubatan negeri Pahang iaitu
                                                      En Sing A/L Silva Ramathas...

  Ucapan perasmian oleh Dr Abu Bakar Bin Awang Ngah
                                                         

 Upacara perasmian
                                                       





  Penyampaian cenderamata kepada Penolong Pegawai Perubatan yang telah bersara
                                                        pada tahun 2013-2014
                                                  

                                                   
                                               

                                     
  Gelagat Penolong Pegawai Perubatan di dalam dewan













   Menu yang telah disediakan






                                                           Jamuan makan




Hamper bagi cabutan bertuah

                                                     Acara cabutan bertuah








 Pemenang  Hadiah utama Cabutan bertuah.. 



               Persembahan hebat dari Penolong Pegawai Perubatan memukau para penonton












  Sumbangan ikhlas kepada Dr Abu Bakar Bin Awang Ngah kerana merasmikan sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Pahang

Dalam pukul 11:30 malam majlis berakhir..






 Ahli jawatan kuasa yang terlibat bagi menjayakan sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Pahang 2014



 


sebelum coretan terakhir dari saya hayatilah sajak ini buatmu insan yang bergelar penolong pegawai perubatan

 

KERANA CINTA PPP



Dalam dunia aman kau menabur bakti
Merawat mesra insan menderita
Kau bersekang mata tika insan lain dibuai mimpi
Kau tinggalkan keluarga tersayang demi tugas untuk berbudi..
Wahai pembantu perubatanku…
Kau adalah insan yang amat cintakan manusia
Yang tak pernah jemu menongkah bebanan tugas
Biarpun bertahun lagi..kau tetap  terus merawat kami
Merawat insan yang sentiasa memerlukanmu..
Wahai pem.perubatanku
Kau cekap
 kau pantas
kau amanah
kau sedia membantu,
tidak kira masa tidak kira waktu ..
tidak kira dimana jua kau berada..
Sesungguhnya kau telah mewujudkan di dalam jiwamu
Untuk menjalankan tugas bagi tranformasi profesyen
kearah kecememerlangan
Sesungguhnya kami kagum denganmu..
Ikhlasnya niatmu wahai pem.perubatanku
Tiada kata indah yang dapat kami coretkan
Hanya secebis doa buatmu..
Moga segala jasamu mendapat pahala disisiNya…
Teruskanlah berbakti wahai pem.perubatanku…
                                                       (  chinta hana 2014)