BACAlah…RENUNGilah…Kemudian terus berAMAL ◕ ◡ ◕
1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2) Bacalah al-QURAN, atau tatapilah
buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau
amalkanlah dengan zikrullah, dan jangan sama sekali saudara membuang
masa walau sedikit pun dengan perkara yang tidak berfaedah.
3) Berusahalah seberapadaya upaya untuk
bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul
(adalah satu-satunya syiar islam).
4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa2
perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang
apa pun jua kebaikan.
5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.
6) Janganlah bergurau kerana umat islam
yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh
dalam setiap perkara.
7) Janganlah saudara bercakap lebih
nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana
percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia2 malah
menyakiti hati orang.
8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat
peribadi orang, mengecam pertubuhan2, dan janganlah bercakap melainkan
apa2 yang boleh memberikan kebajikan.
9) Berkenal-kenalah dengan tiap2
saudaranya ikhwan muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia
tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan dakwah kita ialah
berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10) Kewajipan2 kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang
cara2 bagaimana hendak menggunakan masa berfaedah dan jika saudara
mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaanya.
**Usrah dan Dakwah~ (Al imam Hassan al-Banna)**
No comments:
Post a Comment