BLOG INI DIBANGUNKAN SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAIAN INFORMASI DAN AKTIVITI TERKINI KEPADA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PAHANG
Thursday, 9 June 2016
Program Pemeriksaan Dan Khidmat Masyarakat Di Kawasan Rehat dan Rawat Temerloh Menghala Kuantan
Sempena bulan sambutan Hari Pembantu Perubatan , Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai
Perubatan Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
Cawangan Pahang dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Cawangan Pahang telah
mengadakan satu program Pemeriksaan Kesihatan dan Demonstrasi CPR kepada orang
awam di Kawasan Rehat dan Rawat Temerloh Menghala Kuantan pada 13 Mac 2016 (Ahad). Program pemeriksaan
kesihatan dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh yang terdiri dari
Penolong Pegawai Perubatan dari klinik-klinik kesihatan sekitar daerah
Temerloh.
Program Demonstrasi CPR pula dikendalikan oleh Penolong Pegawai
Perubatan Jabatan Trauma dan Kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Temerloh. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dimana
jumlah kedatangan ke booth adalah 600 orang bermula dari pukul 9.00 pagi
hingga 5.00 petang.
Program Kemasyarakatan Tautan Kasih di Kem Desa Sejahtera Kg Lebak Temerloh
Program kemasyarakatan telah
diadakan sempena sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Pahang.
Lokasi yang dipilih ialah Kem Desa Sejahtera (KDS) di Kg Tanjung Belengu ,
Lebak Temerloh. Kem Desa Sejahtera (KDS) ini adalah pusat jagaan bekas-bekas
pesakit psikatrik (PSY) yang menempatkan 12 orang penghuni. Kem ini
dikendalikan oleh En Suhaimi Bin Mohamad , pesara PPP Unit Psikatrik Hospital
Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan telah beroperasi semenjak 4 tahun lepas.
Wakil dari Persatuan PP Pahang ,
Kesatuan PPP Pahang serta Unit PPP Pahang telah menyampaikan sedikit sumbangan
hasil dari kutipan PPP Negeri Pahang dan hamper-hamper barangan makanan untuk
penghuni Kem Desa Sejahtera tersebut.
Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Pahang
Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Pahang dengan
kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Pahang dan Kesatuan
Penolong Pegawai Perubatan Cawangan Pahang telah mengadakan Sambutan Hari
Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Pahang di Auditorium Hospital Sultan Haji
Ahmad Shah Temerloh pada 12 Mac 2016.
Majlis ini telah rasmikan oleh Dato’ Dr Zainal Ariffin Bin Omar
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Dr Md
Zaki Bin Othman Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia. Didalam majlis ini
juga telah diraikan mantan-mantan PPP yang telah bersara. Tuan Hj Abd Hadi Bin
Hj Ismail telah dipilih sebagai Tokoh Pembantu Perubatan untuk tahun 2016.
Subscribe to:
Posts (Atom)