Thursday, 9 June 2016

Program Kemasyarakatan Tautan Kasih di Kem Desa Sejahtera Kg Lebak Temerloh








Program kemasyarakatan telah diadakan sempena sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Pahang. Lokasi yang dipilih ialah Kem Desa Sejahtera (KDS) di Kg Tanjung Belengu , Lebak Temerloh. Kem Desa Sejahtera (KDS) ini adalah pusat jagaan bekas-bekas pesakit psikatrik (PSY) yang menempatkan 12 orang penghuni. Kem ini dikendalikan oleh En Suhaimi Bin Mohamad , pesara PPP Unit Psikatrik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan telah beroperasi semenjak 4 tahun lepas.
Wakil dari Persatuan PP Pahang , Kesatuan PPP Pahang serta Unit PPP Pahang telah menyampaikan sedikit sumbangan hasil dari kutipan PPP Negeri Pahang dan hamper-hamper barangan makanan untuk penghuni  Kem Desa Sejahtera  tersebut.

No comments:

Post a Comment