Thursday, 9 June 2016

Program Pemeriksaan Dan Khidmat Masyarakat Di Kawasan Rehat dan Rawat Temerloh Menghala Kuantan






















Sempena bulan sambutan Hari Pembantu Perubatan  , Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Pahang dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Cawangan Pahang telah mengadakan satu program Pemeriksaan Kesihatan dan Demonstrasi CPR kepada orang awam di Kawasan Rehat dan Rawat Temerloh Menghala Kuantan  pada  13 Mac 2016 (Ahad). Program pemeriksaan kesihatan dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh yang terdiri dari Penolong Pegawai Perubatan dari klinik-klinik kesihatan sekitar daerah Temerloh.
Program Demonstrasi CPR pula dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Trauma dan Kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dimana jumlah kedatangan ke booth adalah 600 orang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga  5.00 petang.

No comments:

Post a Comment